Pages

24 November 2010

DisEbALik AmaLaN

Entah kenapa hari ni aku teringin nak mencari artikel tentang kelebihan solat menurut sains. Aku selalu dengar dulu, tapi xberapa nak ingat, so aku pun menggunakan MR. GOOG untuk membantu aku mencari maklumat. Aku jumpe la banyak artikel yang menyebut tentang ni and sumenye hampir sam and memang ada artikel yang sama. Then aku pun bacalah bait2 dalam artikel tu. Artikel tu panjang, tp antaranya ialah: 

1) Aktiviti Otot - Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana   solat   yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.

2) Isyarat Otak - perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala.Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang.solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. 

3) Komposisi Tubuh- komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. solat juga boleh merawat sakit jantung serta boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. 


Huhu...menarik x?? ada hikmah disebalik kita rukuk sujud sume tu. So, bersyukurlah kita diwajibkan solat 5 waktu yang impaknye diri sendiri yang dapat. kat bawah ni ada video, nasik lemak kopi o...bley la dengar..hehehe....


K lah, renung2kan dan selamat beramal........^_^

4 minds:

Post a Comment